Malay

 

Panduan Pembentangan

A) MAKLUMAT UMUM

  1. Platform utama yang akan digunakan untuk persidangan adalah Google Meet. Pastikan anda dapat mengakses video kami melalui Google Meet.

  2. Memandangkan persidangan adalah dalam talian, semua pembentang DIWAJIBKAN untuk menyerahkan video pra-rakaman pembentangan anda. Video ini akan dimainkan semasa sesi pembentang.

  3. Jadual Pembentangan untuk semua pembentangan, poster dan bengkel akan dimuat naik di laman web rasmi NPREUS 2021 menjelang tarikh persidangan. Pembentang dinasihatkan untuk menyemak slot hari, waktu dan pautan pembentangan. Harap maklum bahawa jadual pembentangan adalah muktamad dan sebarang perubahan hanya akan dilakukan bagi tujuan kelangsungan urusan pentadbiran sahaja. Dimaklumkan juga bahawa sebarang permintaan untuk perubahan slot pembentangan tidak akan dilayan. Ini kerana layanan individu akan menghalang kelancaran urus tadbir pihak penganjur atas sebab jumlah kertas pembentangan yang banyak.

  4. Sebarang perubahan jadual akan diumumkan di laman web rasmi Persidangan NPREUS 2021 melalui 'Announcement'. Oleh itu, sila rujuk halaman pengumuman dengan kerap bagi mendapatkan maklumat terkini.

  5. Pembentang akan diperuntukkan masa selama 20 minit untuk sesi pembentangan (15 minit untuk pembentangan, 5 minit untuk sesi soal jawab). Bagi memastikan kelancaran sesi selari, para pembentang dinasihatkan untuk mematuhi tempoh 15 minit yang telah diperuntukkan. Rakaman video yang diserahkan mestilah berterusan tanpa suntingan video dan/atau tempoh rehat, kecuali ketika di awal dan akhir video.

 

B) PANDUAN TEKNIKAL

  1. Pembentang harus memastikan resolusi video adalah berdefinisi tinggi (720p) dengan minimum 30 FPS. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan aplikasi lebar jalur tinggi untuk menghasilkan video anda.

  2. Video tersebut harus merakam wajah anda dalam gambar yang lebih kecil semasa anda menunjukkan slaid didalam video. Anda juga boleh meminta bantuan rakan anda atau menggunakan pelbagai pilihan aplikasi dalam penghasilan video anda.

  3. Pastikan anda berada jelas di dalam frame rakaman dengan bahagian atas dan bawah adalah jelas kelihatan sepanjang pembentangan anda. Pastikan wajah anda jelas mengadap bahagian hadapan kamera. Sila pastikan juga video anda dirakam dengan cahaya terang agar penonton dapat melihat anda dengan jelas.

  4. Pastikan slaid dan video anda dilaraskan dalam skrin lebar 16:9 dan disimpan dalam format fail MP4.

  5. Pastikan maklumat seperti tajuk pembentangan, nama pembentang, nama organisasi dan gambar anda tertera di halaman pertama slaid anda.

  6. Anda juga dinasihatkan supaya berhati-hati dengan hak harta intelek atau hak undang-undang pihak lain untuk membuat slaid pembentangan. Pastikan sumbernya diakui jika perlu.

  7. Muzik latar adalah tidak dibenarkan melainkan ia adalah sebahagian daripada kajian anda.

  8. Pembentangan boleh dilakukan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu berdasarkan abstrak/kajian anda.

  9. Durasi video yang dibenarkan adalah kurang 15 minit.

 

C) PLATFORM MESYUARAT

  1. Para pembentang harus mengakses ke platform Google Meet 10 minit sebelum waktu pembentangan seperti yang dipaparkan dalam Jadual Pembentangan.

  2. Sila pastikan Google Meet diperanti anda adalah versi terbaharu bagi mengelakkan gangguan semasa sesi berlangsung. Ini juga bagi membolehkan anda menggunakan pelbagai ciri dalam aplikasi Google Meet tersebut.

  3. Semasa sesi Google Meet, sila nyatakan identiti anda dalam format "No. ID Kertas | Nama Penuh".

 

Contoh;

101 | Aliyyah Rahim

 

  1. Nombor ID adalah nombor ID kertas anda yang anda terima menerusi e-mel penerimaan abstrak.

  2. Sila gunakan latar belakang yang tampak profesional untuk ke semua slaid anda.

  3. Pastikan tajuk video anda juga disimpan dengan menggunakan format "No. ID Kertas | Nama Penuh".

 

D) Sesi Soal Jawab

  1. Sejurus selepas pembentangan video, anda akan dijemput untuk menjawab soalan di dalam sesi soal jawab. Oleh dengan demikian, anda diminta untuk terus berada dalam talian semasa sesi anda sedang berlangsung.

  2. Soalan-soalan akan diajukan oleh para penonton sama ada secara langsung atau melalui fungsi ‘Chat’.

  3. Sesi soal jawab ini juga akan dikendalikan secara langsung oleh seorang moderator. Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil dan kamera anda sentiasa dihidupkan sepanjang sesi tersebut.

 

E) Pautan Penghantaran Rakaman Video

  1. Rakaman video boleh di muat naik melalui pautan yang tertera di laman web NPREUS 2021 Abstract Submission.

  2. Sila maklumkan kepada kami melalui e-mel untuk mengesahkan bahawa anda telah memuat naik video anda dengan tajuk:

NPREUS 2021 Pre-recorded Video Submission: "No. ID Kertas | Nama Penuh".

 

-Tamat-